QnA

Apakah Itu Sistem Hub data

Hub Data Belia merupakan satu platform yang menggabungkan proses pengumpulan, penganalisian, analitikal, visualisasi serta pemantauan berkaitan data, aktiviti dan program pembangunan belia di Malaysia. Terdapat 4 Komponen utama di bawah Hub Data Belia iaitu Hub Profil ( Sistem e-Belia), Hub Statistik (sistem Ydata@IYRES), Hub Pemantauan Program (Sistem eMYInd) dan Hub Analitik.

Kesemua hub data ini diwujudkan sebagai platform penyaluran data kepada pemegang taruh belia bagi meningkatkan kecekapan dalam membuat keputusan dan pelaksanaan aktiviti berdasarkan data-data berkaitan belia yang sah dan reliable.

Bagaimana cara untuk mengakses Sistem Hub Data?

Sistem ini boleh diakses melalui URL hubdata.iyres.gov.my oleh orang ramai secara percuma.

Siapa yang perlu manfaatkan Sistem Hub data ini?

Semua pihak boleh menfaatkan sistem ini bagi mendapatkan data dan statistik berhubung  pembangunan belia di Malaysia.

Apakah modul yang disediakan dalam Sistem Hub Data?

Hub Data ini menyediakan fungsi utama merangkumi :

  1. 4 Komponen utama di bawah Hub Data Belia iaitu Hub Profil ( Sistem e-Belia), Hub Statistik (sistem Ydata@IYRES), Hub Pemantauan Program (Sistem eMYInd) dan Hub Analitik.
  2. Perkhidmatan bagi permohonan data/Penyelidikan, permohonan focal point eMYInd, permohonan perkhidmatan ICE, dan Permohonan Konsultansi;
  3. Artikel terkini berhubung data dan penyelidikan;
  4. Aktiviti berkaitan pengurusan data dan takwin aktiviti tahunan dan
  5. Paparan Galeri Media

Apakah saluran untuk melaporkan masalah berkaitan pelaksanaan dan penggunaan Hub Data?

Pengguna perlu membuat log aduan tersebut ke dalam Sistem Hub Data (info@iyres.gov.my) dan boleh menghubungi pihak sekretariat ditalian 03-8871 3389/3284

Sejauh mana maklumat yang terdapat dalam sistem ini dipantau?

maklumat yang terdapat  di dalam sistem ini akan dipantau melalui mesyuarat berkala yang dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada suku pertama dan suku ke-empat setiap tahun.

Apakah manfaat yang saya perolehi melalui Sistem Hub Data ini?

Dengan adanya Sistem Hub Data ini akan dapat :

 

  1. Menyediakan input untuk mempengaruhi pembentukan dasar, pembangunan sumber manusia dan peruntukan kewangan kepada pembangunan belia yang lebih holistik;
  2. Menyediakan satu pangkalan data (gerbang) yang berpusat berhubung pembangunan belia di Malaysia;
  3. Meningkatkan inter-kolaborasi strategik dengan pemegang taruh pembangunan belia di Malaysia ;
  4. Menyediakan input dalam merancang program dan aktiviti pembangunan belia di Malaysia;
  5. Input kepada projek data raya KBS khususnya dalam analisa analitik dan
  6. Input kepada Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia.

Apakah saluran untuk saya mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penggunaan sistem ini?

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung sistem ini, pihak Sekretariat Sistem Hub Data sedia membantu ditalian 03-8871 3389/3284, atau email (info@iyres.gov.my)

Bolehkah ia dicapai di mana-mana lokasi?

Sistem ini boleh dicapai di mana-mana lokasi

Hyperlink

Media Sosial

Bilangan Pengunjung

Tarikh Kemaskini: 05 Feb 2023