Tangani segera isu kesihatan mental akibat masalah ekonomi

Tangani segera isu kesihatan mental akibat masalah ekonomi

Isu kesihatan mental kini semakin mendapat perhatian di seluruh dunia disebabkan peningkatan kes berkenaan mental semakin membimbangkan, termasuk di Malaysia.

Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial individu. Mengikut laporan BH pada 2018, kemurungan, keresahan, kesunyian dan tekanan adalah kesihatan mental sering dilaporkan, terutama dalam kalangan generasi muda.

Berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, hamper setengah juta rakyat Malaysia mengalami kemurungan.

Kajian NHMS ini juga mendedahkan 2.3 peratus rakyat dewasa mengalami kemurungan dan 7.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami kesihatan mental.

Masalah ini dilihat semakin membimbangkan dengan kehadiran pandemic COVID-19. Untuk mengatasi penularan wabak COVID-19. Bermula 16 Mac 2020, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan beberapa fasa PKP memberi impak besar terhadap rakyat Malaysia, terutama pada PKP pertama yang mana larangan ketat dalam pergerakan, aktiviti perhimpunan dan penutupan semua institusi pendidikan dan hampir semua premis perniagaan.

Peningkatan masalah kesihatan mental

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan pada 2020, seramai 33.8 juta penduduk Malaysia terdiri daripada 76.6 peratus yang tinggal di bandar dan 23.4 peratus di luar bandar terjejas akibat pelaksanaan PKP.

Pelaksanaan PKP juga memberi kesan negatif bukan sahaja kepada ekonomi negara, malah keupayaan ekonomi individu turut terjejas, menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat.

Antaranya ancaman kewangan, kesejahteraan kewangan, kesusahan ekonomi seperti kehilangan pendapatan, kehilangan pekerjaan, perubahan beban kerja, ketidakpastian pekerjaan pengangguran tanpa rela dan ketidakupayaan untuk bekerja.

Kesan sama dilihat di negara kita. Menurut pakar kewangan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri, ramai rakyat Malaysia berdepan tekanan kewangan sehingga menjejaskan kesihatan mental.

Penutupan sektor pekerjaan dan perniagaan menyebabkan tekanan sosioekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia. Banyak syarikat di Malaysia melakukan pengurangan jumlah pekerja, pemotongan gaji, menutup perniagaan akibat daripada PKP Ketika pandemic COVID-19.

Situasi ini membimbangkan pekerja mengenai masa depan syarikat atau organisasi tempat mereka berkhidmat. Misalnya, kemungkinan mereka kehilangan kerja jika penularan COVID-19 berterusan.

Semua kebimbangan ini menyebabkan ketakutan di dalam pemikiran rakyat, keresahan dan serangan panik. Kajian daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaporkan peningkatan sebanyak 42 peratus rakyat Malaysia kehilangan kerja pada suku pertama 2020.

Dapatan ini selari dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di dalam mengukur kesejahteraan hidup belia Malaysia pada 2021.

Ia menunjukkan penurunan daripada tahun sebelumnya yang mana 61.81 (sederhana) pada 2020 kepada 59.07 (pada skala kurang memuaskan) di dalam domain ekonomi dalam kalangan belia Malaysia.

Faktor ekonomi pada 2020 diwakili oleh lima indikator seperti jaminan kewangan, literasi kewangan, bebas hutang, kebolehpekerjaan dan penggajian. Pada 2021, terdapat pengemaskinian indikator ekonomi dengan penggajian digantikan dengan kadar pengangguran yang lebih menjurus kepada ekonomi.

Dorong tindakan bunuh diri 

Peningkatan beban kewangan susulan kehilangan punca pendapatan memberi kesan sangat buruk kepada kesihatan mental seseorang individu sehingga boleh membawa kepada tindakan bunuh diri.

Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes bunuh diri meningkat pada 2020, iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menyebut salah satu penyebab utama peningkatan kes bunuh diri adalah faktor sosioekonomi seperti kehilangan kerja atau sumber pendapatan yang menyebabkan individu mengalami tekanan melampau.

Situasi ini menggambarkan bahawa berlakunya peningkatan kesihatan mental di dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan, terutama berpunca daripada isu ekonomi.

Menyedari akan kepentingan masalah kesihatan mental, pihak kerajaan mewujudkan beberapa dasar dan program baharu dalam membantu ekonomi rakyat daripada bermulanya pandemik sehingga kini.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melancarkan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020-2025 pada Oktober 2020. Pelan ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan mental negara.

Meskipun, usaha untuk mengatasi masalah kesihatan mental sudah pun dilakukan, namun masalah kesihatan mental akibat daripada cabaran ekonomi masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

Previous ASEAN perlu beri perhatian isu kesihatan mental

Leave Your Comment

Hyperlink

Media Sosial

Bilangan Pengunjung

Tarikh Kemaskini: 05 Feb 2023