Perlu indeks tersendiri ukur tahap kesihatan mental belia

Perlu indeks tersendiri ukur tahap kesihatan mental belia

Penilaian kesihatan mental di negara ini menjadi cabaran tersendiri kerana bukan sahaja bersifat subjektif dari segi budaya berbeza merentas komuniti dan masyarakat, bahkan rakyat mempunyai stigma kerana menganggap ia sebagai kelemahan diri atau kerohanian.

Ini menyebabkan masyarakat kurang serius terhadap kesihatan mental walaupun ia dijangka menjadi masalah kesihatan kedua paling serius selepas penyakit jantung di negara ini menjelang 2030.

Secara empirical, kesedaran kesihatan mental masih kurang berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2019 oleh Institut Kesihatan Umum mendapati satu daripada tiga orang dewasa kurang celik kesihatan. Malah, hasil tinjauan juga mendedahkan 2.3 peratus orang dewasa mengalami kemurungan.

Begitu juga dapatan kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada 2020 mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental lebih tinggi.

Berikutan penularan COVID-19, talian utama Mercy Malaysia dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis Kebangsaan (CPRC) menerima banyak panggilan dengan 46.8 peratus daripada pemanggil mengalami masalah psikologi sangat berkait rapat kesihatan mental.

Statistik Talian Bantuan Psikososial dari 1 Januari hingga 18 Jun tahun lalu mendedahkan 89.4 peratus (109,806 daripada 122,328 panggilan) berkait dengan isu kesihatan mental memerlukan sokongan emosi dan psikologi. Rata-rata, rakyat terutama belia mengalami pelbagai cabaran dari segi politik, sosial, ekonomi dan teknologi.

Skor kesihatan mental belia terkawal

Berdasarkan hasil kajian Indeks Belia Malaysia 2021 oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana, termasuk Domain Kesejahteraaan Mental dan Fizikal.

Namun secara keseluruhannya skor kesihtan mental belia dari segi keupayaan mengatasi ketegangan, perasaan bimbang dan kemurungan masih berada pada tahap terkawal.

Dapatan ini disokong pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan, industry dan pemegang taruh untuk memberi kesedaran terhadap kesihatan mental, antaranya kempen Program Rakan Muda Comfort Room Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Program Minda Sihat Sekolah, Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL), Program Siswa Sihat, Let’s RALK Minda Sihat, Talian Bantuan Sokongan Psikososial dan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020-2025 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di sebalik pelbagai usaha itu, statistic bunuh diri dalam kalangan belia agak membimbangkan kerana dalam tempoh antara Januari 2019 hingga Mei 2021, seramai 872 individu berusia 15 hingga 18 tahun membunuh diri, manakala mangsa berusia 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.

Ini menunjukkan lebih banyak usaha diperlukan untuk memperkukuh system pengawasan kesihatan mental, terutama belia. Ia memerlukan usaha Bersama semua sektor bersama KKM.

Tiba masanya Malaysia mempunyai indeks tersendiri untuk mengukur tahap kesihatan mental belia dalam usaha mewujudkan belia seimbang dari segi fizikal, emosi dan rohani. Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia bakal dilaksanakan IYRES KBS dengan sokongan pelbagai kementerian, jabatan, agensi dan pakar diperlukan sebagai penanda aras mengukur status kesihatan mental belia boleh dipantau berkala.

ar dan Alumni) UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, menerusi usahasama dalam bidang penyelidikan itu, IYRES yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan berkongsi data membabitkan pembangunan belia Malaysia.

Katanya,  pihak UMP pula akan berkongsi kepakaran universiti khususnya berkaitan teknologi data raya (big data).

“Ini merupakan kerjasama untuk memenuhi tugas dan fungsi kedua-dua pihak dalam menjalankan inisiatif penyelidikan, analisis data, kepakaran, penerbitan serta dalam penganjuran bersama forum, siri diskusi, seminar dan latihan dalam data raya serta pembangunan belia.

“Usahasama di antara UMP dan IYRES ini bertepatan dengan trend semasa dalam mendepani era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) memandangkan  analitik data raya merupakan satu tonggak kemajuan teknologi masa depan,” katanya dalam majlis menandatangani dokumen memorandum persefahaman (MoU) di Kementerian Belia dan Sukan, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, Dr. Muhammad Mahadi Mohamad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof.  Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Ketua Pegawai Eksekutif IYRES,  Dr. Vellapandian Ponnusamy.

Dr. Yuserrie yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkata, majlis ini merupakan satu mercu tanda penting dalam pembangunan jaringan strategik UMP dengan industri dan organisasi berkredibiliti.

“Usaha ini selaras dengan semangat pelaksanaan objektif kedua Pelan Strategik UMP 2021-2025 iaitu Inovasi dengan kolaborasi dalam penghasilan inovasi dan penyelidikan,” tegasnya. -UTUSAN ONLINE

Previous Tangani segera isu kesihatan mental akibat masalah ekonomi

Leave Your Comment

Hyperlink

Media Sosial

Bilangan Pengunjung

Tarikh Kemaskini: 05 Feb 2023