TEGLAB 2024: Kursus Visualisasi Tableau (Beginner & Intermediate)

Tarikh
28/10/2024 - 29/10/2024
Waktu
09:00 - 17:00
Lokasi
Tenera Hotel, Bangi

SELANGOR, 28 – 29 Oktober 2024 – TEGLAB 2024: Kursus Visualisasi Tableau (Beginner & Intermediate) telah selesai dilaksanakan selama dua hari bertempat di Hotel Tenera, Bangi Selangor anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Kursus ini telah melibatkan penyertaan seramai 36 peserta daripada kementerian/ jabatan/ agensi dan institusi pendidikan. Peserta telah didedahkan dengan Pengenalan dan Penggunaan Asas Tableau serta Visualisasi sepanjang kursus dilaksanakan.

Penganjuran kursus ini merupakan salah satu inisiatif dalam meningkatkan literasi dalam kalangan masyarakat berkaitan pengurusan dan visualisasi data di samping memberi kesedaran tentang kepentingan data dan pembudayaan fakta melalui program latihan dan pendidikan.

Leave Your Comment

Hyperlink

Media Sosial

Bilangan Pengunjung

Tarikh Kemaskini: 05 Feb 2023