Pengiktirafan Focal Point Hub Data Melalui Program Hub Data Exchange (HDX) 2024

Tarikh
05/12/2024
Waktu
09:00 - 17:00
Lokasi
Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur

PENGIKTIRAFAN FOCAL POINT HUB DATA MELALUI PROGRAM HUB DATA EXCHANGE (HDX) 2024

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2024 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan program Hub Data Exchange (HDX) 2024 yang berlangsung di Dewan Banquet Casa, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur. Program ini dihadiri oleh 78 peserta yang terdiri daripada Focal Point Hub Data dari pelbagai kementerian/jabatan/agensi dan NGO.

Bertemakan “Menghubung Data, Memacu Masa Depan”, program ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan serta meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam penggunaan dan perkongsian data pembangunan belia yang lebih dinamik. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Salah satu acara kemuncak program ini ialah penyampaian Anugerah HDX 2024 kepada focal point yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan dan perkongsian data dibawah Hub Data. Antara kategori anugerah yang diberikan termasuk:
• Focal Excellent Award (Dashboard Belia) di menangi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM)
• Focal Excellent Award (Sistem Ydata) di menangi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
• Excellent ICE Award (Sistem Myprofil) di menangi oleh Pn Farah binti Omar
• Focal Excellent Award ( kategori Kementerian Belia dan Sukan (KBS)) dimenangi oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB)

Program ini diteruskan dengan perkongsian bertajuk “Menghubungkan Data, Memperkasa Pembangunan Belia” yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IYRES. Didalam sesi ini, KPE IYRES turut menyentuh tentang kepentingan Hub Data dalam membantu ekosistem agenda pembangunan belia negara. Sesi gamifikasi HDX turut menarik perhatian peserta di mana 3 sesi gamifikasi yang melibatkan pakar teknologi, rakan teknologi dan peserta bagi menggalakkan interaksi dan kefahaman secara aktif mengenai sistem-sistem di bawah Hub Data.

Para peserta telah memanfaatkan peluang untuk bertukar pandangan menerusi sesi gamifikasi dalam suasana interaktif. Program ini telah berjaya memberikan impak positif kepada para peserta, membina rangkaian lebih kukuh, dan meningkatkan peranan data sebagai pemacu utama pembangunan belia di Malaysia. Program ini mencerminkan komitmen IYRES untuk terus memperkasakan pembangunan belia melalui pendekatan teknologi dan inovasi data.

  • Organizer Name: Encik Mohd Rizal Mohd Sham
  • Phone: 0388713389
Previous TEGLAB 2024: Kursus Visualisasi Tableau (Beginner & Intermediate)

Leave Your Comment

Hyperlink

Media Sosial

Bilangan Pengunjung

Tarikh Kemaskini: 05 Feb 2023