PUTRAJAYA, 22 November 2024 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 2/ 2024 telah selesai dilaksanakan di Bilik Latihan ICT, Aras 14 Menara KBS. Taklimat bengkel melibatkan 2 sesi yang disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES kepada 61 peserta bengkel yang merupakan Focal Point sistem mewakili Kementerian/Jabatan/Agensi pelaksana pembangunan belia di seluruh Malaysia.
Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia dilaksanakan secara berkala dengan penglibatan Focal Point bagi mengemaskini status semasa pelaporan program mengikut Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan juga menyampaikan maklumat kepada Focal Point berkaitan pengemaskinian modul-modul di dalam Sistem.