Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd Bil. 1/ 2024

Tarikh
10/05/2024
Waktu
09:00 - 17:00
Lokasi
Podium B, Menara KBS

PUTRAJAYA, 10 Mei 2024 – Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd Bil. 1/ 2024 telah selesai dilaksanakan dengan penglibatan 121 peserta bengkel yang merupakan Focal Point eMYInd mewakili Kementerian/Jabatan/Agensi pelaksana pembangunan belia di seluruh Malaysia. Taklimat bengkel disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik IYRES yang diadakan di Dewan Podium B, Menara KBS dan atas talian melalui aplikasi zoom.

Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd dilaksanakan secara berkala dengan penglibatan Focal Point bagi mengemaskini status semasa pelaporan program mengikut Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan juga menyampaikan maklumat kepada Focal Point berkaitan pengemaskinian modul-modul di dalam Sistem eMYInd.

  • Organizer Name: Cik Wan Suriani Wan Jamal
  • Phone: 0388713152
Previous Pengiktirafan Focal Point Hub Data Melalui Program Hub Data Exchange (HDX) 2024

Leave Your Comment

Hyperlink

Media Sosial

Bilangan Pengunjung

Tarikh Kemaskini: 05 Feb 2023